Monday, 3 April 2017

I am Officially A Wife.

Assalamualaikum

&

Hye.

Alhamdulillah, syukur kehadapan Ilahi untuk nikmat kehidupan yang tidak terhingga yang telah dikurniakan kepadaku.

Nikmat CintaNYA yang dibawa dalam cinta & kasih sayang ahli keluargaku kepadaku, dan kini telahpun bertambah dengan tulus suci, iaitu, cinta dan kasih sayang seorang suami.

Dengan tempoh perkenalan yang begitu singkat, diharap dapat menguatkan lagi cinta didalam perjalanan kasih sayang kita yang baru berputik hampir empat bulan kini.



Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Majlis pernikahan yang berlangsung pada hari Isnin, 12.12.2016 bersamaam 12 Rabiulawal 1438H berlangsung dengan lancar bertempat di kediaman kedua ibubapa kandung saya, dan syukur sekali lagi, majlis persandingan yang dijadualkan berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau pada 25.12.2016 turut meriah dengan kehadiran para jemputan.

Terima kasih saya ucapkan kepada kesemua ahli keluarga dan sahabat handai kami yang turut membantu menjayakan majlis kami berdua.

Semoga kerbakatan dan doa kebaikan daripada seluruh keluarga dan para jemputan dimakbulkan Allah S.W.T.

Kepada suamiku, setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan for having me as your wife.

Tinta Cinta,
Hafsah Choing.

No comments:

Post a Comment