SSPNi PLUS ONLINE REGISTRATION

Friday, 18 August 2017

Khalish Susu Kambing

Assalamualaikum..


Hye.

Harini nak review sikit tentang Susu Kambing jenama Khalish ni.

Khalish Susu Kambing

Kebetulan masa tu, tengah makan dengan family, saya direct jer walk-in kedai Dyll'souq di bangunan Empire tingkat 1 Tawau.

Malam tu juga saya buka dan try susu ni...
see?..
tak sabar sabar kan.. hehe

Susu kambing original berbanding yang lain yang pernah saya cuba.

kenapa saya kata macamni?

coz my mum siap perli, saya dah macam bau kambing dah sejak minum susu ni..
aippp...


Produk : Susu Kambing
Jenama : Khalish
Perisa : Asli & Coklat
Harga : RM44 SM / RM50 SS
Berat Bersih : 500 Gram



Kenapa pilih Khalish?

100% organik

Tanpa pewarna tiruan

Tidak berbau hamis

Tiada mineral sintetik

Tiada krimer Tenusu, Soya atau Jagung

Berasaskan Bahan Non-GMO

Diproses mengikut kesesuaian semua peringkat umur

BErsifat kurang allergik, amat sesuai dngn golongan alahan laktosa (ptotein susu lembu)

Kaya dengan khasiat semula jadi

Halal (No. Rujukan: JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/ 1 075-04/2015)

Cara Penggunaan:

Cadangan hidangan kanak-kanak 1-3 tahun
180ml air suam + 3 sudu

Cadangan hidangan untuk 4 tahun keatas
180ml air suam + 4 sudu
Peringatan:

Elakkan guna air panas yang mendidih supaya khasiatnya tidak hilang.
Bancuh menggunakan air suam atau sejuk.
Penyimpanan:

Masukkan pek yang sudah dibuka ke dalam bekas kedap udara yang bersih & kering

Penafian:
Review ini saya tulis secara sukarela tanpa sebarang bayaran.
Sekian.

Thank You.

.
.
.
.
.
.
.
.

Thursday, 17 August 2017

CARA BUKA AKAUN SSPNi PLUS SECARA ONLINE

Assalamualaikum

&

Hye.

Ada lagi tak yang tak tahu tentang apa itu akaun SSPNi Plus?

SSPNi Plus adalah akaun simpanan pendidikan + takaful tau..
Best wooo...dapat menyimpan untuk masa depan anak-anak sambil dilindungi dengan manfaat takaful hasil daripada simpanan tersebut.
Nilai takaful pula serendah RM10 sebulan..wahh..murahnyeee...

haa..ni saya nak inform bagaimana nak buka akaun simpanan + takaful ni secara online.
klik klik je dah siap...


CARA BUKA AKAUN SSPNi PLUS SECARA ONLINE

1. Pilih Pakej simpanan + takaful



     Mula-mula, pilih pakej simpanan + takaful yang anda nak untuk anak-anak anda. (Rujuk gambar)
Sebagai contoh, pilih Pakej Intan bernilai RM30 sebulan , RM10 daripada jumlah RM30 akan disumbangkan kepada takaful. Simpanan sebenar sebulan adalah RM20.

Saya galakkan anda ambil Pakej Topas bernilai RM100 sebulan untuk anak-anak anda. 

Sebab apa? Pakej Topas ni, sumbangan takaful sama RM10 seperti pakej Intan dan Delima. Tetapi, simpanan untuk anak-anak tinggi RM90. 
Bayangkan RM90 x 12 bulan x 3 tahun = RM3240. ini untuk temph simpanan tiga tahun. kalau untuk 10 atau 12 tahun? target sehingga tempoh anak-anak jejak kaki ke alam universiti adalah simpanan cecah 10k++.

*Ingat, pilih pakej mengikut kemampuan tau. pembayaran wajib konsisten setiap bulan  dan pengeluaran hanya boleh dilakukan selepas tempoh 3 tahun.


2. Clik link ini untuk daftar.


Dah pilih pakej? klik link diatas or copy paste kat new tab. Dah masuk, klik pada butang "Pembukaan Akaun".

****Dimaklumkan bagi tujuan pembukaan akaun, pendeposit perlu membuat 2 bulan deposit mengikut pakej dan perlu mengisi Borang Potongan Gaji / Auto Debit. 
Syarat wajib mengisi Borang Potongan Gaji / Auto Debit ini dikecualikan kepada pendeposit yang membuat bayaran ke hadapan 6 bulan ke atas.***

exp : contoh anda pilih pakej Intan Rm30, untuk tujuan pembukaan akaun ada kena buat pembayaran untuk dua bulan terus berjumlah Rm60 dan wajib pilih sama ada nak buat potongan gaji or auto debit untuk bulan ketiga seterusnya.


3. Isi maklumat akaun

    Isi maklumat anda sebagai Pendeposit dan maklumat anak sebagai penerima manfaat.

    lengkap? klik seterusnya.


4. Isi Maklumat Pakej

    Rujuk step 1 diatas. Gambar pakej.
    Lepas dah pilih pakej, maklumat pakej dan butir takaful/coverage akan keluar.

    lepastu klik seterusnya.

5. Isi maklumat peribadi anda

    Lengkapkan maklumat peribadi anda seperti yang diminta pada paparan maklumat. Alamat sama dengan anak? hanya perlu tick pada kolum "alamat seperti diatas"

    Klik seterusnya.


6. Pilih Kaedah Potongan 

    Masukkan amaun bayaran mengikut pakej minima untuk dua bulan tau. so, kalau ambil pakej Topas, amaun minima kena masukkan RM200 (untuk bayaran deposit dua bulan).
Tak perlu letak RM tau..isi nilai je..

****Dimaklumkan bagi tujuan pembukaan akaun, pendeposit perlu membuat 2 bulan deposit mengikut pakej dan perlu mengisi Borang Potongan Gaji / Auto Debit. 
Syarat wajib mengisi Borang Potongan Gaji / Auto Debit ini dikecualikan kepada pendeposit yang membuat bayaran ke hadapan 6 bulan ke atas.***


exp : contoh anda pilih pakej Intan Rm30, untuk tujuan pembukaan akaun ada kena buat pembayaran untuk dua bulan terus berjumlah Rm60 dan wajib pilih sama ada nak buat potongan gaji or auto debit untuk bulan ketiga seterusnya.

****kalau taknak buat potongan gaji/auto debit, kena buat deposit untuk tempoh enam bulan. contoh pakej topas, masukkan amaun RM600...

    Klik seterusnya untuk membuat pembayaran.


7. Bayaran 

    Semak semula kesemua maklumat yang telah diisi sebelum anda membuat sebarang pembayaran tau.
    Jika ada kesilapan, tekan butang kemaskini di sebelah atas bahagian kanan maklumat tersebut.

    Lengkap?
    Tick kotak bahagian bawah sebelah kiri dan tengah di bahagian bawah "Akad Pendeposit dengan Pengendali Takaful". Terdapat 3 kotak yang perlu di 'tick'kan.

   seterusnya klik "ok" pada pop out yang keluar di skrin anda. dan klik butang Bayaran di bahagian bawah.

    Last sekali, pilih pembayaran sama ada melalui online banking ataupun kredit kad.

    Done.


8. Maklumat lengkap akan di e-mailkan pada anda. sila print dan simpan untuk rujukan di kaunter Pejabat Cawangan PTPTN di kawasan anda.


Sebarang pertanyaan boleh drop pada bahagian komen di bawah atau emailkan kepada saya di hafsahambo@gmail.com.

Selamat menyimpan!

Saya sudah, anda bila lagi?

Hafsah Choing,
EPO SSPN-i Plus anda!

DIANZ VITAMIN C & E

Assalamualaikum.

&

hye.


Product : Dianz Vitamin C & E
Product Type : Tablet (30)
Price : WM RM45 / EM RM50

Kali ni nak review sikit produk Dianz Vitamin ni...

Ada sesiapa yang dah cuba ke produk ni?

haa...

Produk ni memang sesuai sangatlah kalau nak hilangkan jerawat.
Saya consume sebotol je sehari sebiji, selama 30 hari.

Alhamdulillah, nampak jg perubahan jerawat dah kurang tumbuh.
kalau tumbuh pun, dah tak seteruk jerawat batu dulu.

huhuhu...pernah nangis bucu katil tau sebab jerawat ni..

                                             

Nak extra effect?
Consume 2 biji sehari selama 15 hari.
Sebotol mengandungi 30 tablets.

Kelebihan Produk :
*Vit C utk merawat parut / jearwat / jeragat
* Vit E untuk melembabkan kulit
* Kolagen asli berasaskan ikan Talapia utk kulit lembut dan gebu
* Glutathione untuk memutihkan kulit seluruh badan
* serbuk mutiara untuk menggandakan proses pencerahan kulit

Kebiasaannya kita dimomokkan dengan mentaliti makanan tambahan ni, merosakkan buah pinggang la..ada side effect itu ini lah...

Jangan takut ye..tipsnya mudah je..

Minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.
Apa-apa supplements or ubat yang kita consume, kena minum air banyak-banyak tau...

well, nampaklah kurang..tapi kalau nak flawless tu, belum lagi ler...
baru sebotol kan..hehehehe...

Jia You hafsah choing!

Thursday, 10 August 2017

SSPNi PLUS ONLINE - DAFTAR SECARA ONLINE

WOW!!!

Kini terdapat Pelan Simpanan + Takaful (Perlindungan Insurans) dengan SSPNi-PLUS.😍😍😍

Bestnya dapat menyimpan untuk anak anak-anak sambil memberi perlindungan insurans sekiranya sesuatu keadaan yang tidak diingini berlaku kepada kita.😊

Serendah RM30 sahaja!!! 
*bergantung pada pilihan pakej simpanan + takaful. yang dilakukan oleh pendeposit.

PELAN SIMPANAN DAN MANFAAT TAKAFUL SSPNi-PLUS

***KELAYAKAN****

PENDEPOSIT
-Warganegara Malaysia.

-Berumur 18 tahun keatas atau sebelum mencapai 64 tahun.

PENERIMA MANFAAT
-Warganegara Malaysia.
-Berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai 29 tahun.
Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/anak/anak jagaan yang sah sahaja.

LAIN-LAIN
-Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat.
-Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun bagi penerima manfaat yang sama.
****KEISTIMEWAAN***
1.Patuh syariah.

2.Pelepasan taksiran cukai pendapatan keatas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun.

3.Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.

4.Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal( kemalangan) sehingga RM 1 000 000.00.

5.Tiada pemeriksaan kesihatan.

6.Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.

7.Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak.

8.Layak memohon pembiayaan pendidikan.

9.Simpanan dijamin oleh Kerajaan.













Tuesday, 23 May 2017

PENYAKIT LEMBUT HATI

Assalamualaikum
&
Hye.

Entri kali ini berkisarkan tentang penyakit.

PENYAKIT LEMBUT HATI.

Aipp..apa jenis penyakit tu?

Penyakit lembut hati saya tafsirkan sebagai penyakit budaya masyarakat kita yang tidak tahan dengan pujuk rayu dan mudah bermurah atau berlembut hati dengan orang lain.

Ya, semua orang tidak terkecuali menghidap penyakit ini.

Penyakit ini memang berkait rapat dengan budaya orang malaysia yang peramah tanpa mengira kaum dan agama.

Namun, penyakit seperti ini ada negatifnya.

======KENAPA?======

Sebab penyakit lembut hati ini adalah salah satu faktor utama sindiket penipuan pengemisan/peminta sedekah berleluasa.

Ada yang berkata:
"sedekah sahaja. menipu itu urusan dia dengan tuhan, yang penting niat kita baik. kita dapat dua pahala. pahala bersedekah, dan pahala kena tipu"

Ya, ada benarnya.

Tetapi, tahukah anda?
Mentaliti seperti inilah yang menggalakkan pertumbuhan aktiviti tidak sihat tersebut.
Sehinggakan kini, pekerjaan mengemis seolah-olah dijadikan sebagai pekerjaan keturunan mereka.

Tidak saya menghalang.
Bahkan bukan hak saya menghalang sesiapa untuk memberi pada mereka bahkan ahli keluarga saya sendiri saya tidak akan halang.

Cuma, fikir-fikirkanlah.

=======KEJADIAN BARU-BARU INI=======


Tawau, 22 MEI 17 - Gambar menunjukkan salah seorang daripada enam kanak-kanak yang 'berkerja' sebagai peminta sedekah mengelilingi kenderaan kami, yang dipandu oleh ibu saya di tapak parking Servay Hypermarket Tawau.

Semasa kami tiba di kawasan tersebut, kami dikerumuni kanak-kanak yang meminta wang sedekah secara berkumpulan. Sehinggakan saya tidak dapat membuka pintu kenderaan untuk turun disebabkan rasa tidak selamat. walaupun cuma kanak-kanak, sekalipun kita tidak tahu sama sekali apa yang ada pada mereka.

Selesai berurusan, semasa hendak pulang, sekali lagi mereka mengerumuni kenderaan kami dan  kali ini mereka bertindak agresif. Kanak-kanak tersebut mencuba untuk membuka pintu kereta bahagian pemandu (tempat ibu saya). Pada masa itu ibu saya berseorangan di dalam kenderaan tanpa saya dan seorang lagi adik perempuan saya. Bayangkan jika pada masa itu, ibu saya tidak lock pintu kereta. Apa akan terjadi?

=======PENAFIAN=======

Entri ini ditulis bukan bertujuan mengaibkan sesiapa.
Tetapi bertujuan untuk mengajar kita berfikir.
Sesuatu penulisan itu, jika dibaca dengan minda positif, maka positiflah ia dan sebaliknya.




==========IKLAN==========IKLAN==========IKLAN==========


*MINYAK KELAPA DARA IBU UNTUK IBU HAMIL GDM*

GDM 'bagaikan' tak dapat dielak tatkala usia kehamilan bertambah dari hari ke hari. Sudah pasti "kena minum air gula" memang tak dapat dielakkan.

Pengambilan Minyak Kelapa Dara IBU secara konsisten dapat membantu mengawal kencing manis. 

Dengan sesudu sehari, lihat kesannya, in sha Allah...Mari amalkan sebagai diet supplementary harian anda.

PM untuk order @ whatsapp SEKARANG 

 0195381280
 0195381280
 0195381280

Friday, 12 May 2017

Minyak Kelapa Dara IBU

Assalamualaikum
&
hai.

Image may contain: 1 person, sunglasses and closeup
Saya Hafsah choing
Selaku pemilik blog juga sebagai
 Seller berdaftar bagi produk 
Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil-vco) jenama IBU.
FB : Hafsah Choing
IG : hf.ch

Image may contain: text 
 Virgin Coconut Oil
dalam bahasa melayunya
MINYAK KELAPA DARA
jenama 
IBU

This is the product that I loved to share with all my readers...
Fyi, saya juga biasa amalkan meminum minyak kelapa dara ni dari zaman bujang.
tetapi masa tu saya amalkan dari jenama U.
memang sangat baik untuk kulit dan juga kesihatan wanita.

kemudian saya berpindah minat kepada jenama Ibu sebab?
mestilah sebab produknya 100% asli dari buah kelapa dan harga yang berbaloi baloi..
murah pun murah...

Hanya RM39 sebotol (100ml)
untuk pembelian, pertanyaan atau konsultasi,
 boleh hubungi whatsapp saya di📲
019-5381280
019-5381280
019-5381280

Antara kebaikan Minyak kelapa dara adalah:
-menstabilkan horman
-menstabilkan kitaran haid
-membantu mengurangkan keputihan
-mengawal kadar gula dalam darah
-meningkatkan imunisasi
-menguatkan rahim
-menghilangkan strechmark
dan
banyak lagiiiiiiiii......

sebarang maklumat lanjut boleh didapati melalui fb page saya di

Hanya RM39 sebotol (100ml)
untuk pembelian, pertanyaan atau konsultasi,
 boleh hubungi whatsapp saya di📲
019-5381280
019-5381280
019-5381280
==================================================================

BERITA BAIK!

Bermula 1 mei sehingga 30 Jun 2017,
MKDI dengan kerjasama Slofen Malaysia mengadakan promosi besar-besaran!
Baucher pembelian bernilai 10% dan 15% akan diberikan dengan pembelian sebotol MKDI.

No automatic alt text available.

Apa tunggu lagi Jom membeli MkdIBU🌴 
dan
dapatkan E-Baucer Slofen Malaysia👙 🔟% untuk setiap pembelian sebotol MkdIBU🌴... 1botol MkdIBU🌴 - E-Baucer 🔟% Slofen👙 Malaysia

Hanya RM39 sebotol (100ml)
untuk pembelian, pertanyaan atau konsultasi,
 boleh hubungi whatsapp saya di📲
019-5381280
019-5381280
019-5381280

Untuk lebih lanjut📲whatsapp 0195381280

Image may contain: one or more people 

Hanya RM39 sebotol (100ml)
untuk pembelian, pertanyaan atau konsultasi,
 boleh hubungi whatsapp saya di📲
019-5381280
019-5381280
019-5381280

Monday, 3 April 2017

12 Rabiulawal 1438H : I am Officially A Wife.

Assalamualaikum

&

Hye.

ISNIN
12 RabiulAwal 1438H
12.12.2016



Alhamdulillah, syukur kehadapan Ilahi untuk nikmat kehidupan yang tidak terhingga yang telah dikurniakan kepadaku.

Nikmat CintaNYA yang dibawa dalam cinta & kasih sayang ahli keluargaku kepadaku, dan kini dengan izinNya juga, telahpun tersimpul rapi dengan ikatan tulus suci, iaitu, cinta dan kasih sayang daripada seorang suami.

Dengan tempoh perkenalan yang begitu singkat, diharap dapat menguatkan lagi cinta didalam perjalanan kasih sayang kita yang baru berputik hampir empat bulan kini.


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Majlis pernikahan yang berlangsung pada hari Isnin, 12.12.2016 bersamaam 12 Rabiulawal 1438H berlangsung dengan lancar bertempat di kediaman kedua ibubapa kandung saya, dan syukur sekali lagi, majlis persandingan yang dijadualkan berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau pada 25.12.2016 turut meriah dengan kehadiran para jemputan.

Terima kasih saya ucapkan kepada kesemua ahli keluarga dan sahabat handai kami yang turut membantu menjayakan majlis kami berdua.

Semoga kerbakatan dan doa kebaikan daripada seluruh keluarga dan para jemputan dimakbulkan Allah S.W.T.

Kepada suamiku, setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan for having me as your wife.

Tinta Cinta,
Hafsah Choing.