Saturday, 20 August 2016

Teaser Wedding : DIY Kad Jemputan & Tag

Assalamualaikum..

Hye..

Bermula September ini, mesti ramai yang naik pelamin kan?
takpun, kita berlumba-lumba nak buat majlis cukur jambul ataupun bertunang..

As, for now, saya tengah sibuk pula dengan design kad jemputan untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung hujung tahun ini.

Hantar ke kedai printing kad kos agak tinggi pula untuk sekeping kad.

okey, fine...
better saya buat kad jemputan sendiri, dan print sendiri...

Tools yang saya guna?
simple ja..saya cuma gunakan pixlr express mobile dan microsoft word..
sebab saya tak reti nak edit dengan photoshop bagai..susah untuk saya..sebab tak faham-faham macam mana nak guna software tu.


Segala-galanya saya edit dalam pixlr ni je..
masa tengah duduk santai dalam kereta, saya curi masa mengedit kad jemputan.
senang buat dekat tab.:)


 dalam ni, macam-macam ada, kepada bakal pengantin or yang nak buat majlis tu, boleh la try ya..
kena rajinlah godek-godek dalam ni..
senang je nak guna...
saya tak boleh nak ajar satu-satu.saya hanya berkongsi..
hehehe..


pastu, saya edit masuk je dalam microsoft word..
1 A4 paper tu, boleh buat 3 kad...
Orientation : Landscape
yang ini bahagian depan kad.


dan yang ini pula bahagian belakang kad.
dalam nilah ada maklumat tentang aturcara majlis dan maklumat lain yang diperlukan.


ini pula sample tag terima kasih untuk doorgift majlis nanti.
sama je konsep, edit dekat pixlr express..
malas nak peningkan kepala,,buat yang simple ja..
actually, guna basic software yang ada pun dah cukup untuk hasilkan kad DIY yang cantik..
cuma, kita kena kreatif dan bijak menggunakannya..

Maaf, maklumat lain saya blurkan..

Inilah design kad jemputan perkahwinan yang saya hasilkan menggunakan dua software ini.
Dengan ini, saya dapat jimatkan dalam 70% dari harga keseluruhan design dan printing kad dikedai.

so, selamat mencuba!

1 comment: