SSPNi PLUS ONLINE REGISTRATION

Thursday, 16 June 2016

Cuci Tuala Wanita Anda!

Assalamualaikum 

and 

hye.

Masih ramai lagi wanita diluar sana yang tidak menitikberatkan amalam mencuci tuala wanita setelah digunakan.

tak percaya?

Benda ni selalu berlaku di tandas-tandas awam, masuk-masuk je tandas buka tong sampah, masih ada tuala wanita yang tidak dicuci, masih ada darah haid, dan tidak dibalut dengan kemas.

Seriously girl, you are not allowed to do that!

Image result for cara cuci tuala wanita

Disini saya kongsikan cara-cara mencuci tuala wanita.


1. koyakkan bahagian atas tuala.

koyakkan bahagian atas tuala sehingga bahagian bawah tuala. tapi seeloknya jangan sehingga koyak habis atau terbelah dua. boleh juga kalau nak koyak habis. ini bagi memudahkan bahagian dalam untuk keluar.


Image result for cara cuci tuala wanita

2. Buang kapas kedalam mangkuk tandas

Jirus dengan air bersih, dan buang bahagian dalam tuala wanita keladam mangkuk tandas. bahagian dalam yang dimaksudkan di sini adalah kapas sahaja. Kapas tuala wanita mudah hancur, dan boleh dibuang ke dalam mangkuk tandas dan flushkan. 

Jangan buang tiga bahagian ni kedalam mangkuk tandas!

Bahagian yang tidak boleh dibuang ke dalam mangkuk tandas adalah kulit luar tuala wanita (bahagian depan dan belakang) dan bahagian yang berwarna hijau atau biru muda.

kalau nak flushkan sekali, boleh juga, tapi, alamatnya sumbat lah mangkuk tandas tu.


3. Cuci kulit tuala

Ini untuk bahagian yang tak boleh dibuang ke dalam mangkuk tandas. cuci sehingga bersih, sehingga hilang bau dan warna. Gunakan sabun sedia ada pun boleh, asalkan hilang bau dan pudarkan warna darah yang tertinggal.


4. Lipat, balut dan buang ke dalam tong sampah.

Setelah dicuci, bolehlah lipatkan kecil-kecil dan balut dengan tisu tandas, kertas atau surat khabar. Balut elok-elok sehingga tertutup ksemua bahagian tuala.
Akhir sekali, buang ke dalam tong sampah.

Nota kaki : Jangan sesekali abaikan teknik pelupusan tuala wanita ini. Tidak kiralah anda berada di rumah sekalipun. Tuala wanita yang tidak dicuci akan menghadirkan bau busuk yang kurang menyenangkan, yang saya pasti, anda juga tidak menggemari bau tersebut.

Wednesday, 15 June 2016

“Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru”

Assalamualaikum

and 

hye.

Terima kasih sebab sudi singgah dan jemput saya join GA.

Jom ramaikan segman GA ini..:)


Click banner to join ya..:)


Kenapa orang perempuan lambat bersiap?

Assalamualaikum

And

Hye

Kenapa orang perempuan lambat bersiap?


1) Buka Almari nampak macam kosong.


Hakikatnya, almari penuh dengan pakaian. Tetapi bila nak jalan ayat "nak pakai baju apa?" "Dah takda baju lah" "tudung tak matching la" bla bla bla..tapi itulah perempuan, hanya perempuan akan faham.


2) Sifat Perfectionist

Image result for sifat perfectionist

Perempuan ni ada sifat perfectionist terutama dalam bab pakaian. 
Pakaian kena teliti, tak ketat, tak longgar, warna sepadan, dan yang penting menutup aurat.

Orang lelaki kena faham, kombinasi pakaian orang perempuan banyak.
Tudung + anak tudung.
T-shirt/kemeja/ + baju dalam (inner) / sarung lengan
Skirt + skirt dalam

Orang lelaki, baju dan seluar jer dah siap.


3) Tudung tak jadi

Image result for tudung tak jadi

Tak kisahlah tudung bawal ka, shawl ka, pashmina ka, instant ka, tudung malas ka, kalau tudung tak jadi, boleh buat orang perempuan hilang mood.

Tips :
- kalau orang perempuan tu dah gosok tudung dia, jangan pepandai alihkan tudung tu waima dia letak atas meja atau kerusi ruang tamu sekalipun. Jangan kacau tudung tu.


- Masa dia tengah pakai tudung depan cermin, jangan ganggu dia. Jangan pepandai nak tolong betulkan. Biar dia buat ikut keselesaan dia sendiri.

- Bagi dia masa bersendirian dengan tenang semasa dia betulkan tudung dan jangan banyak cakap kritik tudung dia. Selalu bila tudung tu kena kritik, makin tak jadi, sebab mood dia pun dah makin tak stabil.


4) Pin dan brooch tetiba hilang

Image result for pin dan brooch hilang

Masa nak jalan tulah baru tercari-cari pin dan brooch. Ni memang biasa berlaku. Belilah sedozen dua brooch dan pin, tetap takkan cukup. Hilangnya selalu menjadi misteri.


5) Tak suka rushing

Image result for tak suka rushing bersiap

Orang perempuan tak suka rushing dalam bersiap. Tak kisah lah jenis yang make-up tebal or tak make-up langsung. Bila rushing, badan cepat berpeluh dan membangkitkan rasa tidak selesa.
Waima perfume pun dah sembur banyak-banyak, tetap dia rasa tak selesa.

Yang ni elakkan. Elakkan buat orang perempuan rushing dalam bersiap, sebab boleh buat mood dia terus hilang. Masa ni, dia boleh tukar baju rumah, dan duduk depan tv.
Kau nak jalan, kau jalanlah sorang-sorang.


6) Perlu siapkan suami dan anak terlebih dahulu

Image result for sediakan pakaian suami dan anak

Orang perempuan yang telah berkahwin, dia akan siapkan pakaian untuk suami dan anak dia dahulu lepastu baru siapkan diri dia.

Orang lelaki, kalau nak isteri siap cepat dan kemas, kau siap dulu, then kau siapkan anak. 
Bagi isteri tu masa dan ruang untuk dia siapkan diri dia.


Orang perempuan ni, susah nak faham. Tetapi cubalah dengan sikap tolak ansur.

Tuesday, 7 June 2016

My Ramadhan Checklist Book

Assalamualaikum.

And

Hye.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa pada semua kaum muslimin dan muslimat.

Hari ini bermula 2 Ramadhan.

Masih berkesempatan untuk sediakan Ramadhan Checklist Book.

Dalam buku tersebut, catit saja apa-apa ibadah wajib dan sunat yang telah dilakukan seharian.

Simpan sendiri Checklist Book itu.

Bukan untuk tujuan ditayang atau diwar-war kan dilaman sosial.
Bukan untuk tujuan bangga diri dan takbur.


Tetapi cukuplah untuk tatapan tarbiah dan muhasabah diri.
Cukuplah untuk sekadar melihat, sejauh mana diri ini melangkah kearah yang lebih baik.

Biar dibawa berpanjangan sehingga ke bulan-bulan dan tahun-tahun seterusnya sampai bila-bila.


Ramadhan ini sebagai titik permulaan yang baru.

Sukar untuk berubah, tetapi lebih sukar jika tiada usaha untuk berubah.

Moga dengan cara menyediakan checklist ini dapat membantu men-konsistenkan amalan harian kita.

Cara ini juga sesuai dipraktikkan untuk anak-anak kecil.
Berikan 'reward' yang sesuai seusai lengkap checklist harian mereka.
It will be fun and amazing for them to start being a better khalifah.


InsyaAllah.