Wednesday, 25 May 2016

Perangai Pelik Instagrammers

Assalamualaikum and hye readers,

Sebagai pengguna media sosial Instagram, saya tidak terkecuali berhadapan dengan perangai pelik pengguna lain.

Dah kenapa pelik sangat nih? Uhuks!

1. Follow and unfollow.

Perangai ni yang saya paling pelik bin ajaib. Dia follow kita, lepas tu kita approve request dia, follow dia, then dia unfollow kita teruih. Eh, dah kenapa? Ke ini yang orang sebut jenis batak followers?
So, dengan rendah diri saya unfollow jer dia. Hehehe..

2. Boom Back.

Ini pula jenis yang jatuhkan bom hiroshima kat notification akaun insta kita. Dah tu, gambar last dia tinggal komen "boom back, please". Kalau tak boom back wall dia, dia unfollow terus. Terserah dari budi bicara lah nak boom back or not. Orang xda kerja je buat benda macam tu.
Saya peduli apa awak merayu minta "boom back"? Haha..kejam kan..Sekali lagi kena unfollow, saya unfollow semula..:)

3. Selfie Memanjang

Lantak awak lah nak selfie, tapi bila ecah time log in account asyik tengok muka dia jer, rasa tak selesa pula. Eh, perempuan, tak malu ker men-duck face-kan muka tu then post dekat insta terlalu kerap? Selang berapa minit jer dia upload lagi dengan post yang berlainan.
Kurangkan lah yer pose yang entah apa-apa tuh. Saya yang perempuan ni tengok pun rasa malu. Awak tak malu ker?
Saya tak jelezzz hokey, cuma rasa benda macam ni agak memalukan. Jangan salahkan lelaki yang menggatal dekat ruangan komen gambar selfie gedik kamu tuh. Dah kamu yang undang..
Sekali lagi, akaun macam ni tak kisahlah lelaki or perempuan saya unfollow teruih.

4. Akaun Perniagaan.

Akaun bisness ni jarang yang saya follow back selepas saya approved. Tetapi, saya akan cari semula dekat bahagian followers saya if saya nak shopping online.
Saja nak elak spam perniagan yang hampir sama. Lagi-lagi perniagaan pakaian dan tudung. Merana mata hati jiwa raga saya..hurmmm..

5. Screenshot and Crop

Ini adalah tindakan yang tidak beretika jika anda screenshot dan crop gambar dari akaun insta orang lain then post kat akaun sendiri. Hak cipta orang jangan nak buat main noh. Mungkin kita rasa biasa jer, tapi tuan punya gambar sakit hati, kita tak tahu.
Some said "elleh, artis ok jer kita buat gambar dia mcm tu." Itu artis. Mereka public figure memang share life diorang dengan umum. Jangan samakan dengan orang biasa-biasa jer macam kita nie..
Tanya diri, awak suka tak orang lain, entah siapa siapa ambil gambar awak tanpa izin? Sebab tu insta tak benarkan gambar dalam akaun seseorang di copy or save. Takkan itupun tak faham. Aiyyooo..

6. Dah takda kot. 

Sebab yang 5 kat atas tu lah yang selalu saya alami. Huhuhu. Meh chaw dulu, busy akhir akhir sem ni dengan preparations final exam n due date assignments and report nak kena submit.
Have a good day everyone!

2 comments:

  1. Betul tu sis hafsa, lagi lagi nombor satu. Rasa sakit hati je lepas approved terus unfollow. biadap sungguh. hahahah. Selfie memanjang pun sama, bila nk scroll ig, mukanya everywhere. hahaha

    ReplyDelete