Tuesday, 10 May 2016

Ada Apa Dengan Cinta?

Assalamualaikum n hye readers.

Ada apa dengan cinta?
Aku juga tertanya sendiri ada apa dengan cinta.
 Jika ingin dihurai, mungkin tidak akan habis hingga esok, lusa, tulat dan seterusnya.
Cinta itu ternyata jauh lebih luas ertinya untuk di terokai.

Hati manusia seperti aku.
Cinta sesama manusia itu sudah menjadi fitrah.
Mana mungkin tidak pernah diketuk cinta.
Baik lelaki mahupun perempuan.
Semua kita akan alami.


Surat Cinta?
Berkeping keping juga telah sampai ditangan ini.
Berbuih juga mulut membacanya.

Ada yang disampaikan melalui kawan-kawan sebagai orang tengah.
Ada yang diselitkan di dalam buku ketika dipulangkan.
dan
ada pula yang diselitkan bersama hadiah hari perpisahan.
tidak kurang juga yang disampaikan melalui pesanan whatsapp, wechat dan facebook.

Surat-surat itu,
ditulis dengan kata-kata yang indah,
puisi-puisi yang indah.
manis kata-katanya bak gula.
andai diri taksub mengejar nikmat dunia,
pasti jauh hanyutnya termakan kata-kata manusia ajnabi.

tetapi,
Alhamdulillah, diri masih terjaga dan tahu membezakan antara realiti dan fantasi.

Remaja hari ini.
Bercinta mengalahkan mereka yang telah berkahwin.
bahkan yang telah berkahwin lebih malu menunjukkan kemesraan dikhalayak ramai.
apatah lagi di media sosial.

wahai ramaja wanitaku!
hati harus cekal dan kuat menepis cinta ajnabi.
sungguh-sungguh menjaga maruah diri dan keluarga.
sayangi diri sendiri.

jika dia bersungguh mahukan kamu,
dia akan menjaga kehormatan kamu dari segala sudut.
bukan merampas kehormatan kamu!

lelaki,
seteruk apapun dia,
tetap mahukan perempuan yang baik-baik untuk dijadikan isteri.
tanya saja pada mat rempit, bahkan ahli kongsi gelap sekalipun!

pokok pangkalnya berbalik juga pada wanita.
keputusan ada ditangan kita.
baik buruk cinta itu diri sendiri bisa menilai.

Apa yang wanita hari ini harus ada?
Ilmu dunia dan akhirat, kerjaya, kebahagiaan bersama ibu bapa,.
cinta akan datang pada saatnya yang tepat untukmu.
yakin saja,
jodoh itu sentiasa ada dan menjadi rahsiaNya.

Ada Apa Dengan Cinta?
Terkadang kita tersentuh dengan cinta,
tetapi jangan jadikan ia cita-cita
kerana,
pada saat cinta itu mendatangi hati,
dosa bisa saja tercipta tanpa disedari.

10 MEI 2016 | Wanita_Bertopeng

No comments:

Post a Comment