Saturday, 9 January 2016

[viral] : Kesempitan Wang Buatkan Seorang Siswi Terpaksa 'Ikat Perut' Hingga Usus Terkoyak


Hai readers!

Kini menginjak di halaman 9 buku tahun 2016.
sem ini juga bakal berakhir.
one more to go!
yehuuu!!
-may Allah ease everything-

kehidupan universiti, tidak semudah yang disangka.
belajar memang enjoy.
tapi, hal-hal lain juga buat pening kepala.
lagi-lagi hal wang saku.

IKAT PERUT SESUATU YANG NORMALL.

yup,
bagi pelajar, ikat perut adalah sesuatu perkara yang normal.
lagi-lagi yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.

nak minta dengan parents?
sebagai anak,
pasti terbit perasaan serba salah, segan dan malu.
lagi-lagi bila dah menjangkau usia 20++ dan parents pula hanya kerja makan gaji, atau pun pendapatan bulanan tidak menentu.

so, sebagai jalan "mengurangkan beban", ikat perut sebagai inisiatif terbaik.

Ikat lah perut, tapi, janganlah hingga tak makan langsung.

kalau sakit, kos perubatan pula nak kena keluar duit.

TIPS :


APPLY BANTUAN ZAKAT UNIVERSITI

Pihak universiti pasti ada sediakan bantuan zakat kepada pelajar islam melalui Pusat Islam Universiti masing-masing.
Kalau kat tempat aku ni, setiap pelajar Islam layak memohon zakat universiti sekali dalam tempoh pengajian.
Adalah dalam RM500 bantuan zakat untuk pelajar, banyak tu.
bagi yang non-muslim juga ada disediakan bantuan kewangan.
pergi lah berjumpa dengan staff universiti korang atau supervisor korang ka, rakan pendampimg siswa (rps) korang ka atau bertanya pada senior korang.
kalau korang tak tanya, macam mana diorang nak bantu?


AKTIF DALAM PROGRAM UNIVERSITI

haaa..
ini part yang paling seronok..
aku kalau nak jimat, aku join program universiti.
apa-apa program percuma yang dianjurkan oleh universiti, cepat-cepatlah join.
bukan sahaja dapat ilmu yang baru dan sijil,
tapi dapat makanan percuma.
kebiasaannya, penganjur akan sediakan makanan kepada pelajar.
selain itu,
boleh join kelab sukarelawan universiti.
sambil-sambil buat aktiviti sukarelawan, kekadang dapat juga sedikit duit poket.
dah namapun sukarelawan kan, terima ja berapa yang penganjur beri.
yang penting perut kau tu tak biar kosong masa program berlangsung.
so, join la..
jangan lepaskan peluang.
hahahaha!
masalah pengangkutan? 
jangan risau, selalunya telah disediakan penganjur ataupun boleh tumpang kawan-kawan lain pergi sama.


PART TIME

Boleh buat part time waktu malam.
cuma kena pastikan masa tu tidak mengganggu waktu kelas/study.
kalau perempuan pula, kena pastikan tempat/kawasan kerja tersebut selamat.
buat dekat kedai makan/ gerai-gerai berdekatan kolej kediaman pun dah ok.
range income dalam rm25-30 semalam. (ni kat tmpt aku la..huhu)


CATU MAKANAN

yang ni, awal-awal sem lagi dah buat.
breakfast, lunch, dinner, supper dah kena atur siap-siap nak makan apa.
ada yang suggest,
bangun pagi, minum segelas air kosong. jangan skip terus breakfast tu. tak baik untuk otak.
pukul 10, pergi makan roti canai, nasi atau nasi lemak rm2.
lepastu dah tak makan tengah hari.
malam pula makan roti ataupun dinner dengan segelas oat/nestum la.
agak-agak dalam rm5 sehari..
kira ok lah..minum air mineral lebih..
asal tidak biarkan perut kosong dah laaa..


JANGAN BAGI PINJAM DUIT KAT ORANG!

ini agak kejam!
hahahaha...
kisah pula aku...:P

dah, masa awal-awal sem, jangan baik hati sangat bagi orang yang kau tidak yakini akan bayar balik duit yang dia pinjam kat kau.

kena ingat! 

kita masuk sini, dapat duit pinjaman (bg yang meminjam) sama rata mengikut kegunaan.
kau sebagai peminjam juga sedar diri, jangan nak bagi pinjam.
dia ada duit pinjaman dia.

second, yang pakai duit mak bapak,
pun jangan nak berlagak bagi pinjam kat orang.
mak bapak banting tulang untuk sara kau. kena ingat itu adalah duit hasil titik peluh mak bapak.
kiranya kau tu pinjam duit mak bapak laa.
jaga amanah diorang.
 minta izin mak bapak sebelum beri pinjam kat orang.

sebab apa kena berhati-hati bagi pinjam duit kat orang?
Orang zaman sekarang ni, pinjamnya bukan main ayat manis.
nak bayar balik?
engkau yang beri pinjam pula yang sengan minta duit kau balik.
dia buat derkkk ja macam takda apa.
maka, berhuhu lah kau!


AMALKAN SURAH YASEEN

bagi yang beragama islam, jangan lupa amalkan surah ini,
salah satu fadhilat surah ini boleh kurangkan rasa lapar.
tak ingat dah aku dengar kat mana.
Kalau saya silap, mohon betulkan ya..


**********************************************

CADANGAN

Pihak pengurusan universiti dan rakan masjid/surau  kediaman pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar boleh adakan program bantuan makanan percuma bagi pelajar yang benar-benar memerlukan.
terutamanya di penghujung semester.
kutipan bantuan makanan boleh dilakukan pada awal semester.
**daripada student buat joli duit pinjaman, baik derma. tak banyak manapun seringgit dua tu, tapi boleh cukupkan rm10, dapatkan 2 bekas makanan (harga standard) untuk dua orang pelajar memerlukan diakhir sem nanti. kalau tempah banyak lagi murah kan**

selain itu, pemantauan harga makanan di kantin/cafe/kooperasi universiti juga perlu.
seharusnya harga makanan di dalam kawasan universiti lebih murah daripada yang di luar.
pihak yang mendapat tender dari universiti seharusnya menyediakan makanan yang sesuai (murah) dengan kos operasi.
harus faham, pelanggan utama mereka adalah pelajar, golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap setiap bulan.
so, makanan tak perlulah nak grand-grand seperti makanan dekat restoran-restoran luar.

Kerajaan juga perlu mengambil inisiatif yang lebih baik melalui skim yang telah dilaksanakan kerajaan.

Baucer buku.
Baucer buku setahun sekali itu hanya mampu menampung separuh pembelian buku pengajian yang hanya mencecah maksima 4 buah buku. satu semester pengajian mempunyai 7-8 subjek.
Yes, tidak semua buku kena beli baru, 
tetapi, edisi buku berubah-ubah dan tidak semua buku yang sama (pengeluar/pencetak) yang akan digunakan didalam kelas pengajian.
Mohon juga baucer buku diberi pada awal semester, selewat-lewatnya seminggu selepas sesi pendaftaran pelajar.

KDS1M
Pada aku, sudah tiba masanya Kad diskaun siswa 1M pelajar BERFUNGSI SEPENUHNYA. 
Bantu para pelajar elakkan GST dengan mengecualikan cukai GST keatas para pelajar, iaitu pemegang sah kad diskaun siswa disetiap kaunter pembayaran.
tidak kisahlah apa jenis barang sekalipun. Ini adalah salah satu langkah yang saya fikirkan lebih releven daripada hanya bergantung pada baucer buku sahaja.

Soalan aku pada para pelajar di luar sana :
Setakat ini, banyak mana kelebihan yang kamu perolehi melalui pemotongan diskaun barangan menggunakan kad diskaun siswa kamu?
kalau dekat tempat aku, kat kedai peralatan komputer dan KFC jelah yang selalu dapat diskaun menggunakan kad ini. 
huhuhu!

**********************************************

Dah dah dah..
bukan niat nak membebel k.
tapi kesian kan bila kengkawan sanggup ikat perut hingga usus koyak dan gastrik.

perbelanjaan sebenar yang tinggi di universiti ni adalah wang makan.
duit selalu akan habis dekat makanan je.
Abam-abam dan hakak-hakak yang duk universiti tu, apa pula yg korng buat untuk jimatkan wang makan???
boleh la share di ruangan komen...hehe

salam maaf dari saya jika ada keterlanjuran dan kekasaran bahasa. 
mohon kebaikan dari semua untuk semua.

terima kasih para pembaca semua :) 
-hafsah-

4 comments:

  1. kesian sangat bila dengar macam macam cerita pasal siswa siswi hidup susah di U ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih kan..rasanya rice cooker / multicooker sepatutnya sudh releven untuk dibenarkan digunakan pelajar di dalam hostel. bila share makanan, dapat lah berjimat sikit. makan kat luar mahal..T_T

      Delete
  2. baru 10 ari masuk taun 2016, kita dah dengar rintihan mereka yang tersepit dengan kos sara hidup.. hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda ni dah lama..tp x viral mcm skrng..ada student, kalau xda duit nak makan, tidur je memanjang dan minum air mineral banyak2.

      Delete