SSPNi PLUS ONLINE REGISTRATION

Saturday, 19 December 2015

Wanita bukan bahan gurauan.


Wanita bukan bahan gurauan, hingga boleh dijaja sesuka hati.
Apatah lagi hal-hal berkaitan air muka, harga diri dan maruah wanita.

Terbaca posting SiakapKeli tentang posting seorang pengguna laman muka buku yang dikecam oleh Ida Nerina.
Setuju dengan kenyataan beliau walaupun gelaran "typical jantan melayu" tu sedikit kasar. (hmmm...kasar sangat ke gelaran tu?? beliau tak kata semua, merujuk  kepada segelintir lelaki sahaja..)


Like Seriously?????!

That post sound sooo bloody-stupid hokey! (sorry to say this). 
Siap komisen bagai. 
Hamboi kau! 

AGAK-AGAK LAH KALAUPUN NAK BERGURAU.

Kalau soal jodoh, tak perlu digembar gemburkan.
Jika Allah s.w.t dah takdirkan berjodoh, tak ke mana...

I FELT SO SORRY GUYS.

Its not about WE, (malaysian women) TERCABAR 
or TERCEMBURU 
or TAK LAKU SEBAB TU MELALAK 
or whatsoever you all think tentang wanita-wanita yang menentang post tersebut.

"ITS A WOMAN THING"
wanita itu mulia tarafnya disisi agama kita.
Jangan kamu rendahkan walau dengan cara apa sekalipun.
Tugas kamu untuk melindungi, bukan memerli kaum wanita.
Jika perkahwinan itu cara yang terbaik,
maka silakan. 
Tapi bukan melalui posting yang sebegini rupa.
Ini sangat-sangat tidak sopan.
serious tak sopan! 

SOAL HANTARAN WANITA MALAYSIA.
***apa yang aku kongsikan ini berdasarkan pengalaman bersama kawan-kawan wanita yang lain***

Mahal?
Aku akui, ada ibu bapa yang mengambil kesempatan meletakkan harga hantaran yang tinggi.
tapi TAK SEMUA.

Ada yang sengaja meletakkan harga yang tinggi bertujuan MENGUJI si lelaki.
Walaupun ibu bapa si gadis meletakkan harga yang tinggi, penentuan sebenar adalah atas perbincangan dan persetujuan kedua-dua belah pihak.
Persoalan utamanya disini,
si lelaki berani atau tidak berjumpa dengan ibu bapa si gadis untuk berbincang?

Ada juga yang sengaja meletakkan harga hantaran yang tinggi sebagai tanda tidak SETUJU/MENOLAK pinangan tersebut.
Tapi, si lelaki tak faham-faham kot.
***walaubagaimanapun, sebab yang ini agak sukar dipastikan kesahihannya. sila tanya calon mertua kamu :P ***

Ada juga yang sengaja meletakkan harga hantaran yang tinggi sebagai DENDA.
Dah kenapa pula?
Denda apa pula ni?
Hurmmm..
kau dah lama sangat kawan dengan anak dia, 
bawa keluar selalu tanpa izin dia,
dah tu kau ingat semua tu FREE ka?
Si Bapa (wali) yang tanggung dosa dia kau tahu?
***sekali lagi, sila tanya calon mertua kamu :P***

Berbalik kepada post tu, memang sangat offensive.
offensive dari pelbagai sudut.

Harusnya orang yang post ''gurauan offensive sangat'' tu, minta maaf secara terbuka kepada natiezen.

***Saya memohon maaf andai kata-kata saya mengguris hati segelintir pihak. Ini adalah pendapat peribadi saya. Mohon kebaikan untuk semua.***

No comments:

Post a Comment