Wednesday, 30 December 2015

Solidariti untuk Zulkifli


Rumah adalah kawasan peribadi kita.
Harta kita adalah apa yang kita ada di dalam rumah kita.
Harta yang paling berharga adalah keluarga kita bukan wang ringgit semata-mata.

Rumah kita diceroboh.
Nyawa kita, dan nyawa ahli keluarga kita dalam bahaya.
Agak-agak, apa tindakan yang harus kita lakukan selain bertindak mempertahankan diri sendiri?

Andaikan rumah (negara) kita diserang penjajah/anasir luar.
Apa kita harus duduk berdiam sahaja?
Pasti Bala tentera kita akan diarahkan bersiap sedia pertahankan negara.
Sama sahaja kesnya dengan En.Zulkifli, cuma kes ini belaku dalam konteks yang kecil.

Apa ia menjadi satu kesalahan jenayah untuk mempertahankan diri dan ahli keluarga?
Jika benar, tidak hairanlah jika kes jenayah meningkat. Rompak, bunuh, rogol, dan sebagainya..
Tidak saya mempertikaikan rasionalnya hukuman mahkamah, 
akan tetapi, sudah menjadi kebiasaankah kes seperti ini dikategorikan sebagai kes jenayah berat?
Seksyen 302, kanun keseksaan jika disabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.

Nyawa adalah harta yang paling berharga.
Bahkan dalam beragama, kita dianjurkan untuk melindungi nyawa.
Ya, sudah tentu kita tidak berhak keatas nyawa orang lain.
Tapi, bagaimana jika keadaaan yang memaksa kita bertindak sedemikian?

Baca kronologi kes ini di sini..

"Zulkifli telah ditahan reman selama 14 hari dan disiasat bawah siasatan seksyen 302 Kanun Keseksaan, kemudian ditukar pada 304 membunuh tanpa niat beliau dan dibenar ikat jamin sebanyak RM15,000.-sumber SK"

 "....kes Zulkifli telah kembali disebut di bawah 302 dan juga 326 di mana dibawah 302 membolehkan pesalah ditahan semula tanpa ikat jamin sedangkan RM15.000 telah dibayar sebelum ini sebagai ikat jamin selepas kes bertukar ke 304.-sumber SK"

Apa yang berlaku adalah sangat tidak wajar.

Dimana relevennya?

Kawasan rumah diceroboh. Mangsa mempertahankan diri dengan menikam kedua-dua suspek yang bersenjata.
**mestilah sebagai tuan rumah, cepat-cepat bersedia mengambil senjata untuk pertahankan diri. dah nama pun rumah sendiri. dah tahu suspek membawa/memegang senjata, takkan nak duk nganga ja tunggu suspek serang baru terkial-kial cari senjata?

Mangsa ditahan dan disabit kesalahan dibawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.
**adakah bersedia dengan senjata telah dikategorikan sebagai berniat membunuh? common sense la..tindakan refleks. tidak semestinya menggunakan senjata tajam seseorang itu sudah sah dan memang berniat untuk membunuh! mungkin saja niat mangsa hanya untuk mencederakan, setakat melemahkan/membataskan pergerakan dan niat kedua-dua suspek?
kedua-dua suspek saya kategorikan sebagai penjenayah yang agresif kerana bertindak menyerang mangsa instead of melarikan diri daripada ditangkap tuan rumah dan berkemungkinan besar berniat untuk membunuh tuan rumah.

Kes ditukar kepada seksyen 304 kanun keseksaan kerana membunuh tanpa niat dan dibenar ikat jamin sebanyak RM15,000.
**mangsa bukanlah berada dalam golongan yang berada. RM15000 bukan nilai yang kecil pada ahli keluarga mangsa!

Kes disebut semula dibawah seksyen 302 dan 326 yang membolehkan pesalah ditahan semula tanpa ikat jamin.
**bayangkan dengan keadaan ahli keluarga yang masih trauma, wang ikat jamin telah dibayar sebelumnya, kes masih dalam perbicaraan, mahkamah putuskan semula sebutan kes kepada seksyen 302! pada saya, seharusnya dari mula lagi ia adalah seksyen 304 kerana kes tersebut berlaku di dalam kawasan rumah mangsa, dan tindakan agresif kedua-dua suspek yang mengakibatkan keadaan tersebut berlaku. lainlah kesnya jika mangsa yang menyerang terlebih dahulu!

Hal ini membebankan dan sangat tidak berperikemanusiaan kepada ahli keluarga mangsa!
Jangan kerana undang-undang manusia yang boleh dipinda pada bila-bila masa, kita hilang rasional dan empati.

Jika kini hak kita sebagai individu (tanpa niat yang salah) di rumah sendiri bisa direntap begitu sahaja dek undang-undang, bagaimana pula jika ia berlaku diluar rumah? Boleh jadi mempertahankan diri juga adalah satu jenayah!



***Ini hanyalah pendapat saya. harap tidak mengguris hati mana-mana pihak. Betulkan jika ia difikirkan tidak releven. mohon kebaikan untuk semua***

No comments:

Post a Comment