Wednesday, 23 December 2015

Segmen Bloglist Encik Kidal 2.0

Entry ini dicatat bagi memenuhi seruan Encik Kidal .
Terima kasih invitation-nya.. :D


First time join segmen yang ada soal jawab ni..
rasa macam kena interview weii..
hahaha...!
InsyaAllah, saya jawab dengan tulisan tulus ikhlas dari hati..cehhh.. :PP


1. Kenapa dan sejak bila korang jadi blogger?

Kenapa? sebab minat dalam bidang penulisan.
Idea untuk menulis itu ada dan kadang-kala terlalu banyak. sebelum aktif  ber-blogging, kesemua tulisan saya update di laman facebook sahaja.
Atas dorongan rakan-rakan facebook dan sahabat handai, terbinalah blog personal saya.

Pada tahun 2011, saya dah mula berjinak-jinak dengan blog.
Actually, Ini merupakan blog ke-5 saya. hahaha!
1st blog down sebab saya lupa password dan 3 lagi saya delete sebab entries dalam blog tu terlalu merepek dan terlalu peribadi untuk dikongsikan.
Ini lah blog yang kekal sehingga hari ini.


2. Macam mana korang boleh dapat banyak idea untuk di update?


Idea untuk penulisan blog, bergantung kepada jenis entri.

Jika sesuatu entri tersebut berunsurkan bukan fiksyen, segala fakta, pandangan, cadangan dan pendapat berdasarkan bahan bacaan.

Saya seorang yang mudah tertarik dengan isu-isu kemanusiaan dan kewanitaan.
Apabila sesuatu isu berkaitan dibangkitkan, saya suka mengutarakan buah fikiran dan hujah saya dalam penulisan blog, seperti entri-entri berikut:
kadang-kala ter-curhat juga dalam blog ni, tapi tidaklah saya definisikan dalam konteks yang terlalu peribadi. Maka, wujudlah entri-entri sastera/nukilan peribadi saya dalam konteks yang umum.

tapi, bila takda idea nak tulis, mulalah mengarut merepek dalam blog. hilangkan stress katanya..:P


3.Berapa lama masa yang korang ambik nak tulis satu entry?


Saya tidak mempunyai masa yang tetap untuk menulis satu-satu entri.
Masa yang diambil bergantung kepada kepanjangan entri dan isi entri tersebut.
setakat ini, paling lama sekalipun, entri bukan fiksyen yang memakan masa sehingga satu jam setengah ke dua jam.
Untuk entri jenis ini, saya akan semak berulang kali. tapis berkali-kali, pastikan fakta tidak salah dan cadangan di akhir penulisan tidak menyentuh mana-mana sensitiviti sesuatu kaum atau agama. 
Mohon kebaikan untuk semua..:)


***sekian jawapan saya untuk soalan-soalan Encik Kidal :) saya tag Azri Al Fateh untuk penuhi syarat. hehehe***

4 comments:

  1. you've been tagged :)

    http://messarah.blogspot.my/2015/12/9-questions-for-list-of-bloggerss.html

    ReplyDelete
  2. Singgah sini melawat pemenang. Harap sudi jengah ke sini http://bluechoralpearl.blogspot.my/ ^_^

    ReplyDelete