Thursday, 17 December 2015

EPIC FAIL!

Dua hari lepas, I went to a bank.

I used to make a withdrawal from ATM machine. Nak dijadikan cerita, aku pun tak tahulah kenapa aku tak sempat nak sambut cash tu. habis bertabur atas lantai nasib baik tak ramai orang. berdua ja dengan kawan aku.

TIBA-TIBA..


"eh, mana kad aku?''**aku blurr hokey..kenapa kad tak keluar-keluar ni..
"alamak..mesin dah telan kad laa..."**cuak hokey...cuak..

kawan aku pergilah panggil sekuriti bank tu, lepastu sekuriti panggillah pegawai bank kat dalam tu, minta buka mesin ATM tu nak ambil kad aku.

Mesin dah buka dah, Tapi yang peliknya, tak jumpa pula kad aku dalam tu. 

"OMG...kad aku hilang mana???!!" kecoh sekejap depan mesin tu, dahla bank tu kecil ja..staf bank yang lain confirm dengar punya riuh-riuh kat situ..

Then my friend suggest aku cek semula wallet and handbag aku.
Dengan muka merah, aku senyum-senyum menahan gelak.

"weii,dah ada dalam dompet. hahaha!"**maluu weii maluuu

tak pasal-pasal kawan aku ikut malu sekali..

Mak aii, pegawai bank tu gelak bukan main..nasib baik pegawai perempuan..kalau pegwai tu lelaki, aku rasa aku dah angkat kaki lepas minta maaf tu..haha!

entah aku fikir pasal apa sampai aku tak ingat yang kad tu aku dah ambil dan simpan semula dalam wallet. haha..epic fail betul!
ni semua sebab cash tu tak sempat sambut punya pasal lah ni.

"minta maaf puan, hahahaha!"


Kenangan memalukan, tapi manis.
Sampai rumah masih tersenyum sebab teringat.haha!


 ***tulis sini sebab Uncle sekuriti tu pesan,"mark the date. isi dalam diary". dan aku takda diary selain blog.. :P***

2 comments: