Saturday, 26 December 2015

Ask Me Segmen 2015 : Q&A slot!


Soalan dari  Sarah

1. Pada pendapat sis Hafsah, apakah yang perlu saya ubah dalam blog saya ? Mungkin perlu ataupun tidak?

okey, ini pendapat akak.

Blog Sarah dah cantik. tak perlu ubah apa-apa. kemas, simple dan mudah. Orang blogwalking ni nak cepat. Takda masa nak scroll terlalu lama dalam satu-satu blog or tekan button satu persatu. Yang kemas-kemas macam nilah akak suka tengok dan selalu visit. Penggunaan warna pun menarik! good job sarah! :)

2. Adakah sis Hafsah suka mengumpul sesuatu barang dsb sebagai koleksi ? Tudung ke ? Pen ke ? Buku ke?hahah.

YES! akak suka kumpul barang.

Antara barang-barang tersebut setem dari pelbagai negara, Duit syiling pelbagai negara dan keychains. Dalam koleksi akak sekarang ni, paling banyak keychain la yang akak kumpul. sebab kawan-kawan akak suka bagi keychain bila mereka pergi oversea. Barang paling lama pula setem dan duit syiling. akak tak ingat dari tahun berapa punya setem dan duit syiling. tapi dah lama. akak jaga baik-baik barang lama ni, sebab akak suka barangan antik. :D

3. Bilakah terdetik nak buat idea blog 'wanita disebalik topeng' dan kenapa?

Soalan ini memang misteri ni..haha!

Sebelum kekal dengan nama "wanita disebalik topeng", blog ni dah macam-macam nama akak letak. Tapi, masih tidak memenuhi citarasa dan kehendak akak. rasa seperti tidak mencerminkan personaliti akak. Blog ini kekal dengan nama wanita disebalik topeng sebab akak tak nak terlalu dikenali tetapi pada masa yang sama, tidak juga akak sembunyikan perwatakan atau identiti akak.


Soalan dari Keladi Ubi

4. Teka berapa umur keladi?

Muahahaha!..main teka-teka ya? segmen chill, soalanpun chill habisssss. memang berjodoh sangatlah tu. haha!*gurau2..

okey2..kalau nak jawapan yang tepat memang taklah kan..lagipun, saya kena save 'kuasa sakti' saya untuk final exam nanti. haha! satu lg, tekaan tidak semestinya kena tepat. Maksudnya, bolehlah beri jawapan dalam bentuk anggaran... :P.

Berdasarkan cara penulisan en. Keladi *cehhh.. so, saya anggarkan umur Keladi antara 25-30 tahun..ahaks! Andai ter-Tua, maafkan saya ya, andai ter-Muda, anggap ja satu pujian..:)

****ni, keladi ubi jenis apa? haha teringin pula nak balik kampung makan ubi rebus cecah garam dan cili padi..glupp!***


>>You're next!


6 comments:

  1. Wahhhh *_* Terima kasih atas pendapat sis. Wuu terharu :>

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..motif sebenar akak nak tambah blog-list ni..hehehe

      Delete
  2. Wahhh..dalam..dunia blog perlu ada kretiviti kan...saya suka name blog wanitadisebaliktopeng tu....ada yang tersurat dan tersirat...teruskan usha ya..dan slmt bersegmen

    ReplyDelete
  3. Wahhh...pandainya meneka...keladi..ni jenis...sentiasa bajet hot dan meletup...dan yang pasti anggran tu sudah betul...2...tahun lagi masuk 3 series.alamak...keladi sudah ganyut nampk nyer....apa2 pun...enjoy bersegmen...n gunakan kuasa sakti sepenuhnya untuk final exam...tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha..dah terkantoi..anyway, terima kasih daun keladi :)

      Delete