SSPNi PLUS ONLINE REGISTRATION

Tuesday, 19 May 2015

Buang Bayi: Analisa Personal Trend Pembuangan Bayi

Allahurobbi..

Jika dilihat pada bulan ini saja (bulan mei), sudah begitu banyak kes pembuangan bayi berlaku. Apa sebenarnya punca keadaan ini berlaku?

Mari kita lihat anggaran perkiraan kelahiran bayi-bayi yang dibuang tersebut.

Normalnya pada manusia, bayi berada dalam kandungan dalam tempoh 9 bulan sepuluh hari. Jika dikira secara kasar, aktiviti persenyawan itu berlaku diantara awal bulan 9 tahun sebelumnya. Maka, bayi yang dilahirkan dengan cukup sifat adalah pada bulan 5 tahun seterusnya. 

Mari kita semak apa yang terjadi pada awal bulan 9 dan penghujung bulan 8. Sambutan hari kemerdekaan bukan? Umum mengetahui bahawa pada hari ulangtahun kemerdekaan inilah ramai anak remaja kita yang ditangkap berkhalwat atau dalam bahasa kasarnya, berzina.

Aktiviti seks anak remaja kita begitu aktif pada hari-hari perayaan. Keluar malam sehingga pagi atas alasan menyambut hari kemerdekaan.Tetapi apa yang terjadi? kini kita lihat saja buktinya. Bayi-bayi yang dilahirkan dan dibuang pada bulan ini (mei).

Begitu juga kisahnya pada hujung tahun antara bulan 11 dan bulan 12. Kes pembuangan bayi juga meningkat pada waktu itu.

Kita lihat semula apa yang berlaku sembilan bulan sebelumnya. Iaitu kira-kira dalam bulan mac. Ada sambutan apa? Hari kekasih bukan? Umum juga mengetahui ramai anak remaja kita yang ditangkap kahlwat pada hari tersebut. Itu hanya apa yang kita nampak. Mereka yang berzina dan kita tak tangkap bagaimana?

Maka, kes pembuangan bayilah buktinya. Pada hari sambutan kemerdekaan dan hari kekasih itulah  tunjang utama berlakunya zina dan harus dibanteras. Bukannya ia tidak berlaku pada hari-hari biasa. Akan tetapi, trend pembuangan bayi pada bulan-bulan tersebut amat mengerikan. Sekaligus mejelikkan status rakyat Malaysia yang rata-ratanya beragama Islam.

No comments:

Post a Comment