SSPNi PLUS ONLINE REGISTRATION

Thursday, 16 April 2015

"VEDNDALISME HIGH CLASS"

GAMBAR HIASAN


Apa itu VENDALISME?
Laku musnah atau Vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Kegiatan ini mengakibatkan kerosakan dan kerugian kepada penduduk awam kerana perlu mengeluarkan kos ganti rugi bagi memperbaiki kerosakan yang dilakukan oleh para vendalisme. Aktiviti vendalisme ini juga bergerak secara persendirian atau berkumpulan.

Apa itu VENDALISME "HIGH CLASS"?
Vendalisme yang saya definisikan sebagai Vendalisme "high class" ini merujuk kepada salah laku musnah yang dilakukan oleh seseorang atau kelompok yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang salah laku tersebut. Seseorang atau kelompok tersebut sedar dengan fikiran yang waras bahawa tindakan mereka merosakkan harta benda awam adalah perbuatan yang salah. Pada pendapat saya, golongan ini melakukan tabiat tersebut untuk mendapatkan kepuasan hati semata-mata. Ada juga yang berfikiran 'saja-saja' dan tidak tahu kenapa mereka bertindak sedemikian rupa.

kita sedia maklum bahawa harta benda awam adalah hak milik bersama dan aktiviti vendalisme akan menyebabkan orang lain tidak dapat menikmati harta benda awam tersebut dengan baik. Sebagai contoh, Tandas Awam, Telefon Awam dan papan Tanda. Tiga kemudahan ini adalah kemudahan asas yang paling mudah kita lihat menjadi mangsa vendalisme yang mana akhirnya, ia membawa kepada kerosakan imej negara kita terhadap persepsi pelancong luar.


Sumber berkaitan :


Definisi dan jenis-jenis vendalism


No comments:

Post a Comment