Monday, 27 April 2015

Kau Siapa? Kawan atau Lawan?



gambar hiasan


Remaja, bila kamu berusia 20-an atau mula tinggal berasingan daripada ibu bapa, tak kisahlah atas faktor kerja atau melanjutkan pelajaran sekalipun. Pada saat itulah , yang pasti, kita mula kenal apa itu kehidupan yang berisi ujian didalamnya.

kamu akan berjumpa dengan begitu ramai orang yang bermacam jenis, perangai dan tabiat. kamu akan mula belajar dalam kesilapan kamu, orang lain dan mula mencari personaliti diri kamu yang sebenar.

bila berjauhan dari keluarga, kawan adalah orang terdekat yang kamu harapkan menjadi orang pertama meghulurkan bantuan. keluarga tempat bertanya bagaimana cara selesaikan masalah. kawan adalah peneman kamu untuk bertindak menyelesaikan masalah itu bersama kamu.

Ya ! disinilah bermulanya ujian. kawan tikam belakang, sakit hati, sedih, geram, marah kamu akan kenal satu persatu. kamu bahkan tidak tahu dan tercari-cari bagaimana ia terjadi setelah sekian lama ia berlalu. Pada saat itulah aku akan lemparkan pelbagai emosi lantaran tekanan yang terlalu mencengkam jiwa kamu.

kadang kala ada yang sampai putus asa dalam berkawan. Jangan begitu, cuba didik diri dalam bersangka baik dan kawal emosi pada masa dan tempat yang tertentu. jadikan lawan kita itu sebagai suntikan semangat untuk menjadi lebih baik daripada mereka.

Ada beberapa jenis kawan yang biasanya berlaku pada setiap individu :

1. Jenis yang Hipokrit dan Sampai Hati


kawan jenis yang ini selalunya bermanis muka ja bila depan kita dengan orang lain. tapi, di belakang kita, habis dia buka aib dan burukkan kita. kita kadang tak sedar dan bahkan tidak menyangka bahawa kawan kita itu yang kita lihat baik sahaja orangnya yang bawa mulut tentang kita. Hipokrit dan sampai hati nak jatuhkan kawan dia sendiri.

kalau dah tahu, baik tinggalkan saja, dan kurangkan bercakap pasal orang lain atau diri sendiri pada kawan yang kurang dipercayai. simpan sedikit keraguan dalam hati sebagai langkah berjaga-jaga.

2. Jenis yang Ambil Kesempatan


haa..yang ini banyak berlaku terutamanya di alam pengajian. kawan yang ada dekat dengan kita kadang kadang ada yang suka mengambil kesempatan. berkawan dengan kita adalah satu platform untuk mendapatkan faedah daripada kita. ada yang ambil kesempatan atas kebaikan dan kepintaran kita, dari sudut kewangan atau kesenangan. bila masa susah, kau terhegeh-hegeh cari dia. tapi, dia tak peduli pun. kadang kala, hilang terus dari hubungan persahabatan hingga menjadi orang luar (strangers). sedih bukan?

3. Jenis yang Kuat Komplain, tapi Setia DiSisi


"Eh, dia ni..asyik nak komplain ja memanjang. itu tak kena, ini tak kena. hari-hari komplain. asyik marah aku ja. marah..marah..marah..dan marah lagi.."

ada kawan yang macam ni? tapi sebenarnya dia terlalu ambil kisah akan kita, sebab itu dia komplain. tapi, kawan jenis ini kebanyakannya sedia membantu kita dalam apa jua keadaan. even kita sakit pun, dia tolong jaga walaupun dia marah kat kita. itu tanda dia kisah dan tak sampai hati nak biarkan kita tau tinggalkan kita. mintalah pertolongan apa sekalipun, insyaAllah dia sedia membantu kamu. Bebelannya itu yang kamu akan rindui bila berjauhan kelak.

4.Jenis yang buat Kita Rasa Bersalah



 "tak pe lah..yela..kita sedar diri kita ni siapa..tak lah macam orang tu..bla..bla..bla.."

haa...pernah tak alami situasi seperti ini? pasti ya bukan? bagi saya, itu adalah salah satu bentuk persuassion. nak pujuk kita buat sesuatu yang kita tak suka atau tak boleh nak buat. tapi, kalau dah selalu buat macam ni, iakan akan rosakkan emosi kita. kawan yang suka buat kita rasa bersalah akan buatkan kita rasa sedih. asyik terfikir dan membebankan. jika selalu, cuba elakkan. cari penyelesaian dan cuba terangkan pada dia.berterus terang lebih baik daripada berusaha menjaga hati dia yang akhirnya menyakiti diri sendiri.

5.Jenis kawan seperti Spongebob dan Patrick

Dalam banyak banyak kawan, kawan jenis ini  yang paling best. ketawa bersama, menangis bersama, perangai boleh tahan level gila sama dengan kita. kawan macam ni, tak pandai pun tak apa, tak kaya pun tak apa, tapi. kawan jenis ini yang paling mudah dipercayai, jujur dan setia dengan kita. baik buruk kita dia simpan dan cakap direct kat kita bila kita buat salah. 

Apa yang paling paling kita hargai, dia tiada sebab untuk berkawan dengan kita bilamana dia terima kita seadanya. tak kisahlah kau cantik atau tak. sebab perbezaan itu lah yang menjadikan kau dan dia dua manusia yang unik di mata orang lain.! kadang kala, dia belanja, bantu kita bukan sebab dia hebat, tetapi, dia lebih hargai kita daripada itu semua. respect kawan yang macam ini.


 

so, berhati hatilah dalam memilih kawan. because nowdays, 'plastics' everywhere. takut nanti terlalu banyak 'pencemaraan' di sekeliling kita. merana kita nanti. but the thing is, buat baik dibalas baik. kalau orang balas jahat, itu ujian untuk kita.


No comments:

Post a Comment