Monday, 26 January 2015

Hukum Ibu Bapa rotan anak?

Hukuman rotan itu perlu (mengikut keadaan yang memerlukan pelaksanaan hukuman rotan) bertujuan memberi pengajaran selagi mana anak kita tidak mati ataupun cacat.
.
Saya sebagai seorang kakak pun kadang bertegas menggunakan rotan pada adik-adik. Biar kena pada tempat dan cara yang betul.
.
Jika anak itu mati ataupun cacat, pada saya, memang wajar dikenakan hukuman.
.
Rotan untuk beri pengajaran, bukan melepaskan amarah, juga bukan bertujuan mendera. rotan kerana sayang.
.
Dah rotan, biarkan sekejap, lepastu pergi peluk dan pujuk..pada saya, masa itulah yang sesuai nak nasihat lebih.
.
Sayangkan anak, tangan-tangankan.

p/s : nasihat, nasihat, nasihat dahulu..x berkesan, baru rotan,..nak rotan pun biar kena pada tempat yang betul, cara yang betul, kadar yang betul..bertujuan mendidik, bukan nak dera,..kita nak anak kita dengar nasihat, dengar cakap, hormat kita, bukan takut kat kita..bila dah rotan tu, jangan biar anak tu menangis..masa tu lah kita pergi peluk dia, pujuk dengan nasihat dalam pelukan kita..pada saya, masa tu lah sesuai nak 'sentuh' semula jiwa mereka. biar mereka tahu, kita rotan, sebab sayang. Ini berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang kakak (anak sulung). alhamdulillah, adik2 tidak takut dan hormat saya dan ibu bapa saya..kasih sayang masih segar walaupun hukuman rotan dilaksanakan di rumah kami..

No comments:

Post a Comment