Tuesday, 29 April 2014

Jujurlah sayang , Jangan 'Culas' taw !

Assalamualaikum...
Bismillahirrohmanirrahim...


Malam tadi admin telahpun selesai melewati masa menjawab dalam test..
wah..terasa kepuasan hati setelah menconteng arang-arang akal diatas berkeping-keping kertas.
sungguh atas apa yang mampu kita buat adalah hasil daripada usaha kita..
sedikit yang diusaha, maka sedikitlah hasilnya.

namun, sedih hati juga melihat rakan-rakan di sebelah..
apabila ada di antara sahabat yang culas dalam menjawab peperiksaan..
meniru dan berkongsi jawapan, membincangkan soalan tersebut, walaupun di tegur beberapa kali.

wahai sahabat, sedia maklum kan itu perbuatan yang tidak baik...
tidakkah kamu berfikir akan redha Allah s.w.t dan tenaga pengajar kamu?
di bangunan ilmu ini, ibu bapa kita adalah tenaga pengajar kita..
masa exam inilah masa untuk kita menguji tahap akal dan minda kita berfikir secara kritis..
sejauh manakahdaya ingatan kita dan tahap kematangan kita mengaplikasi apa yang kita pelajari.


sahabat,
apakah sahabat tidak ingin merasakan kemanisan kejayaan hasil usaha sendiri?
apakah sahabat mahu jika hasilnya gempak tetapi tanpa redha Allah s.wt..?
mahu di bawa kemana keputusan yang gempak tanpa berkat itu?
jika mendapatkan pekerjaan, berkatkah hasil titik peluh kita?
apa sahabat mahu anak cucu kita makan hasil yang tidak berkat?



ingat sahabat,
jawab exam di dunia bisa saja culas.
bisa saja tiru meniru, berbincang...
akan tetapi,
tidakkah sahabat terfikir, mampukah kita menjawab dengan culas di hadapan Allah nanti?

renung-renungkan...fikir-fikirkan...
*tepuk dada tanya iman..

Wallahualam~~

No comments:

Post a Comment