SSPNi PLUS ONLINE REGISTRATION

Monday, 21 August 2017

DIY: RESEPI GULA-GULA MKDI

Assalamualaikum

&

Hye.

Harini nak share sikit macam mana nak buat gula-gula dengan Minyak Kelapa Dara.

Resepi ni sangat simple dan mudah tau!

Mana yang susah sangat nak telan Minyak Kelapa Dara ni, boleh try test buat resepi gula-gula ni.



BAHAN-BAHAN:

1. Minyak Kelapa Dara (VCO) 
Saya guna jenama IBU keluaran page Info Ibu Hamil

2. Gula Melaka

3. Bekas Ice Cube


CARA-CARA:

1. Hiris gula melaka seberapa banyak yang anda nak buat.

2. Tuangkan satu sudu besar MKDI dalam "compartment" ice cube.

3. Masukkan hirisan gula melaka (letak lebih lagi sedap)

4. Simpan dalam peti sejuk di bahagian biasa (bukan freezer tau)

5. Tunggu 30-45 minit dah boleh angkat. 
Cungkil dengan lidi dan simpan dalam bekas kedap udara.

kredit : Group Team Super Sado MKDI

kredit : Group Team Super Sado MKDI


Resepi kredit kepada :

Puan Nana Farhanah
Founder Minyak Kelapa Dara IBU

Friday, 18 August 2017

Khalish Susu Kambing

Assalamualaikum..


Hye.

Harini nak review sikit tentang Susu Kambing jenama Khalish ni.

Khalish Susu Kambing

Kebetulan masa tu, tengah makan dengan family, saya direct jer walk-in kedai Dyll'souq di bangunan Empire tingkat 1 Tawau.

Malam tu juga saya buka dan try susu ni...
see?..
tak sabar sabar kan.. hehe

Susu kambing original berbanding yang lain yang pernah saya cuba.

kenapa saya kata macamni?

coz my mum siap perli, saya dah macam bau kambing dah sejak minum susu ni..
aippp...


Produk : Susu Kambing
Jenama : Khalish
Perisa : Asli & Coklat
Harga : RM44 SM / RM50 SS
Berat Bersih : 500 Gram



Kenapa pilih Khalish?

100% organik

Tanpa pewarna tiruan

Tidak berbau hamis

Tiada mineral sintetik

Tiada krimer Tenusu, Soya atau Jagung

Berasaskan Bahan Non-GMO

Diproses mengikut kesesuaian semua peringkat umur

BErsifat kurang allergik, amat sesuai dngn golongan alahan laktosa (ptotein susu lembu)

Kaya dengan khasiat semula jadi

Halal (No. Rujukan: JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/ 1 075-04/2015)

Cara Penggunaan:

Cadangan hidangan kanak-kanak 1-3 tahun
180ml air suam + 3 sudu

Cadangan hidangan untuk 4 tahun keatas
180ml air suam + 4 sudu
Peringatan:

Elakkan guna air panas yang mendidih supaya khasiatnya tidak hilang.
Bancuh menggunakan air suam atau sejuk.
Penyimpanan:

Masukkan pek yang sudah dibuka ke dalam bekas kedap udara yang bersih & kering

Penafian:
Review ini saya tulis secara sukarela tanpa sebarang bayaran.
Sekian.

Thank You.

.
.
.
.
.
.
.
.

Thursday, 17 August 2017

CARA BUKA AKAUN SSPNi PLUS SECARA ONLINE

Assalamualaikum

&

Hye.

Ada lagi tak yang tak tahu tentang apa itu akaun SSPNi Plus?

SSPNi Plus adalah akaun simpanan pendidikan + takaful tau..
Best wooo...dapat menyimpan untuk masa depan anak-anak sambil dilindungi dengan manfaat takaful hasil daripada simpanan tersebut.
Nilai takaful pula serendah RM10 sebulan..wahh..murahnyeee...

haa..ni saya nak inform bagaimana nak buka akaun simpanan + takaful ni secara online.
klik klik je dah siap...


CARA BUKA AKAUN SSPNi PLUS SECARA ONLINE

1. Pilih Pakej simpanan + takaful



     Mula-mula, pilih pakej simpanan + takaful yang anda nak untuk anak-anak anda. (Rujuk gambar)
Sebagai contoh, pilih Pakej Intan bernilai RM30 sebulan , RM10 daripada jumlah RM30 akan disumbangkan kepada takaful. Simpanan sebenar sebulan adalah RM20.

Saya galakkan anda ambil Pakej Topas bernilai RM100 sebulan untuk anak-anak anda. 

Sebab apa? Pakej Topas ni, sumbangan takaful sama RM10 seperti pakej Intan dan Delima. Tetapi, simpanan untuk anak-anak tinggi RM90. 
Bayangkan RM90 x 12 bulan x 3 tahun = RM3240. ini untuk temph simpanan tiga tahun. kalau untuk 10 atau 12 tahun? target sehingga tempoh anak-anak jejak kaki ke alam universiti adalah simpanan cecah 10k++.

*Ingat, pilih pakej mengikut kemampuan tau. pembayaran wajib konsisten setiap bulan  dan pengeluaran hanya boleh dilakukan selepas tempoh 3 tahun.


2. Clik link ini untuk daftar.


Dah pilih pakej? klik link diatas or copy paste kat new tab. Dah masuk, klik pada butang "Pembukaan Akaun".

****Dimaklumkan bagi tujuan pembukaan akaun, pendeposit perlu membuat 2 bulan deposit mengikut pakej dan perlu mengisi Borang Potongan Gaji / Auto Debit. 
Syarat wajib mengisi Borang Potongan Gaji / Auto Debit ini dikecualikan kepada pendeposit yang membuat bayaran ke hadapan 6 bulan ke atas.***

exp : contoh anda pilih pakej Intan Rm30, untuk tujuan pembukaan akaun ada kena buat pembayaran untuk dua bulan terus berjumlah Rm60 dan wajib pilih sama ada nak buat potongan gaji or auto debit untuk bulan ketiga seterusnya.


3. Isi maklumat akaun

    Isi maklumat anda sebagai Pendeposit dan maklumat anak sebagai penerima manfaat.

    lengkap? klik seterusnya.


4. Isi Maklumat Pakej

    Rujuk step 1 diatas. Gambar pakej.
    Lepas dah pilih pakej, maklumat pakej dan butir takaful/coverage akan keluar.

    lepastu klik seterusnya.

5. Isi maklumat peribadi anda

    Lengkapkan maklumat peribadi anda seperti yang diminta pada paparan maklumat. Alamat sama dengan anak? hanya perlu tick pada kolum "alamat seperti diatas"

    Klik seterusnya.


6. Pilih Kaedah Potongan 

    Masukkan amaun bayaran mengikut pakej minima untuk dua bulan tau. so, kalau ambil pakej Topas, amaun minima kena masukkan RM200 (untuk bayaran deposit dua bulan).
Tak perlu letak RM tau..isi nilai je..

****Dimaklumkan bagi tujuan pembukaan akaun, pendeposit perlu membuat 2 bulan deposit mengikut pakej dan perlu mengisi Borang Potongan Gaji / Auto Debit. 
Syarat wajib mengisi Borang Potongan Gaji / Auto Debit ini dikecualikan kepada pendeposit yang membuat bayaran ke hadapan 6 bulan ke atas.***


exp : contoh anda pilih pakej Intan Rm30, untuk tujuan pembukaan akaun ada kena buat pembayaran untuk dua bulan terus berjumlah Rm60 dan wajib pilih sama ada nak buat potongan gaji or auto debit untuk bulan ketiga seterusnya.

****kalau taknak buat potongan gaji/auto debit, kena buat deposit untuk tempoh enam bulan. contoh pakej topas, masukkan amaun RM600...

    Klik seterusnya untuk membuat pembayaran.


7. Bayaran 

    Semak semula kesemua maklumat yang telah diisi sebelum anda membuat sebarang pembayaran tau.
    Jika ada kesilapan, tekan butang kemaskini di sebelah atas bahagian kanan maklumat tersebut.

    Lengkap?
    Tick kotak bahagian bawah sebelah kiri dan tengah di bahagian bawah "Akad Pendeposit dengan Pengendali Takaful". Terdapat 3 kotak yang perlu di 'tick'kan.

   seterusnya klik "ok" pada pop out yang keluar di skrin anda. dan klik butang Bayaran di bahagian bawah.

    Last sekali, pilih pembayaran sama ada melalui online banking ataupun kredit kad.

    Done.


8. Maklumat lengkap akan di e-mailkan pada anda. sila print dan simpan untuk rujukan di kaunter Pejabat Cawangan PTPTN di kawasan anda.


Sebarang pertanyaan boleh drop pada bahagian komen di bawah atau emailkan kepada saya di hafsahambo@gmail.com.

Selamat menyimpan!

Saya sudah, anda bila lagi?

Hafsah Choing,
EPO SSPN-i Plus anda!